Khamis, 23 April 2009

MajLiS ILmU

kurang lebih mafhum sebuah hadis berkenaan majlis ilmu.. mana-mana orang yang berhimpun dalam satu majlis dalam rumah Allah(dalam hadis disebut fi baitin min buyutillah), lalu mereka saling belajar kitab Allah (belajar, mendengar, mengajar, Allah swt akan turunkan dalam majlis itu as-sakinah (ketenangan jiwa), wa ghoffat humurrahmah (dia dilinkungi oleh rahmat),yang ketiga, majlis itu didatangi oleh para malaikat Allah, dan nabi menyebut yang keempatnya orang yang hadir dalam majlis-majlis yang Allah redha ini, Allah swt akan sebut-sebut namanya dalam majlis-majlis yang Allah kasih.

kita biasanya begitu.. tapi bisa islah pada kema'rufan

Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan. [alquran 10:12]